Friday, April 20, 2012

MUHASABAH DOA siri 2

Antara sebab mengapa DOA tidak dimaqbukan ialah buruk sangka terhadap ALLAH.. berdoa seakan2 memberitahu dan mengajar ALLAH apa yg patut dan tidak patut buat dirinya..



Edited By: Ustaz Abdul KArim Sidek

MUHASABAH DOA siri 1

Mengapa doa terasa tidak diqobulkan?. Ibn Atho'illah memberi jawapan di dalam kitabnya yg sangat terkenal.. 'Al-HIKAM'.



Edited By: Ustaz Abdul Karim Sidek


Tuesday, April 10, 2012

DENGAN ILMU



Tuntutlah ilmu, kerana..

Dengan dialah kau membeza antara tauhid dan syirik.

Dengan dialah kau mengenal antara sunnah dan bid’aah.

Dengan dialah kau sanggahi  kezaliman dan tegakkan keadilan.


Dengan dialah kau rapati  Ulama dan waspadai makar umara’.


Dengan dialah kau rawati  juhala’ dan santuni para sufaha’.


Dengan dialah kau ketahui  amanah dari yang khianat.


Dengan dialah kau tahu sah dan batal dalam amalanmu.


Dengan dialah kau fahami aulawiyyat selama ada hayat.


Dengan dialah kau kenal antara redha dan murkanya Allah.


Dengan dialah kau dapat menyisih haq dan batil.


Dengan dialah kau camkan makruf dari yang mungkar.


Dengan dialah kau tahu mana kawan dan siapa lawan.


Dengannya kau berfirasat dari zahir sampailah yang batin.


Dengan dialah kau tentukan sikap juga ketika kau bertindak.


Dengan dialah kau takluki nafsumu kau kenali ilham para Malaikat.


Dengannyalah dunia kau makmurkan, buat bekalan menuju Akhirat.



Written By:Ustaz Abdul Karim Sidek

Monday, April 9, 2012

TIPS MENCARI JODOH

Bila ia sudah ditetapi Ilahi.. 
tidak bermakna kau harus berhenti mencari
bukan pula bermaksud kau harus merebutnya setengah mati.

Letaklah harapan, jangan impian..
harapan itu... menguak jendela kemungkinan
namun impian sukar terpenuhkan.

Meskipun kau tidak terlalu memilih..
tetaplah berhati-hati.. tiliklah akal budi, agar kau tidak rugi
Berhati-hati, jangan sampai terlalu teliti..
berpada-pada, jangan pula sekadar asal ada.

Bila kau tidak berada di posisi mencintai,
Mengapa pula tidak boleh dicintai?
Kerana antara mencintai dan dicintai, mengasihi dan dikasihi..
tiada kepastian... mana yang mesti lebih dulu hadir di hati.

Ibu bapa, keluarganya jangan ambil lewa..
mungkin di sana letaknya bahagia, atau beroleh sengsara!.

Biar bagaimanapun kau mencuba,
Allah jangan kau lupa,
kerana DIAlah penentu segala..
Tiadalah guna mahligai dibina, andai engkau beroleh murka!.



Written by: Ustaz Abdul Karim Sidek

MISTERINYA JODOH

Ada orang kata ia umpama rezeki.. mesti dicari,
Adanya pasti,.. kerna di Lauh Mahfuz telah ditulis Ilahi
Namun bagaimana menentukannya.. itu yang misteri..
Ada yang beristikharah.. mencari tanda melalui mimpi
ustaz dicari, ustazah ditanyai,
ta'bir yang diharapi berlalu tanpa solusi..

Jodoh itu rezeki.. kadang2 hadirnya tak tersangka
dipandang pertama, sudah berjaya mengikat kata
yang bertahun berjanji seia sekata.. akhirnya pergi tak terduga
kadang2 yang jauh didamba, dipuja
Anehnya, yang bersebelahan pula jatuh ke riba

Jodoh itu memang misteri..
Yang sudah berpunya, senang menambah koleksi
Yang belum berpunya, satu kuota pun belum terisi..
Yang telah berkali2 berpisah, namun masih digilai dan direbuti..

Jodoh itu memang misteri..
Ilmu melangit tinggi, entah mengapa..dalam hal jodoh sulit sekali
bukan kerana terlalu memilih, namun angka gajinya yang digeruni
Paras rupa.. akhlak dan budi syarat sudahpun dipenuhi..
namun jodoh masih sulit ditemui..

Jodoh itu memang misteri..
Ia melintasi sempadan benua dan negeri,
Ia melampaui bangsa, warna kulit maupun tradisi
Adat dan budaya berbezapun boleh ditoleransi

Jodoh.. meskipun sukar dan misteri, tetap perlu dicari
Ingat!..Carilah jodoh, tapi jangan sampai diperbodoh
carilah jodoh,.. jangan gaduh, jangan gopoh,
Ingat!,... tetap ikut adat, jangan tinggal syariat!..


Written:Ustaz Abdul Karim Sidek



Saturday, April 7, 2012

APA GUNA MENGAJI TINGGI..

Apalah gunanya mengaji tinggi-tinggi.. kalau buku tersadai di almari,
Apalah gunanya mengaji tinggi-tinggi.. kalau tak tinggi akal dan budi,
Apalah gunanya mengaji tinggi-tinggi.. kalau isu rakyat tak dijuarai,
Apalah gunanya mengaji tinggi-tinggi.. andai tangga gaji saja yang diperhati,
Apalah gunanya mengaji tinggi-tinggi.. andai darjat semata yang dihajati,
Apalah gunanya mengaji tinggi-tinggii.. andai perut dan poket jadi motivasi,
Apalah gunanya mengaji tinggi-tinggi.. kalau sekadar periuk nasi menjadi misi dan visi,

Apalah gunanya mengaji tinggi-tinggi.. kalau anak-anak tak mewarisi kepandaian diri, hidup terlontar di balik tabir besi!...wal'iyazubillahi.



Sunday, April 1, 2012

APAKAH ANDA INGIN DIGERUNI OLEH MUSUH2 ALLAH?

Milikilah ciri2 individu yg di bawah ini;

Antara ciri-ciri individul yang dicemburui oleh musuh-musuh Islam yang menjadi sasaran dalam peperangan pemikiran:-

1. Memahami agama dengan cara menyeluruh, seimbang dan mendalam.

2. Memahami realiti kehidupan dengan lengkap. Semuanya diambil kira, samada realiti kaum Muslimin ataupun realiti semua musuh-musuh Islam.

3. Memahami benar sunnah Allah Taala yang berlaku di dalam kehidupan ini yang tidak pernah berubah dan berganti, khususnya sunnah Allah yang bersangkutan dengan kehidupan, alam dan manusia.

4. Memahami maqasid syariah (maksud-maksud syariah ) secara syumul dan tidak bersikap statik (jumud) yang terhad kepada makna-makna zahir sahaja.

5. Memahami ‘keutamaan’ dan ‘priority’ di dalam mengatur langkah perjuangan.

6. Bersikap terbuka dan sedia bertolak ansur dalam urusan ‘khilafiah’ dengan aliran-aliran Islam yang lainnya. Sikap mereka , “Bekerjasama dalam perkara-perkara yang disepakati dan saling memaafkan (bertolak ansur) dalam perkara-perkara yang masih diperselisihkan.

7. Menggabungkan di antara aliran salafiah dan pembaharuan, atau dengan kata lain, menggabung di antara ciri-ciri keaslian dengan tuntutan kemodenan.

8. Mengadunkan di antara keaslian hukum syara’ dengan perubahan zaman.

9. Yakin bahawa pembaharuan pemikiran, jiwa dan sikap adalah sebagai asas utama kepada pembaharuan peradaban.

10. Menampilkan Islam sebagai satu-satunya alternatif dalam pembangunan peradaban manusia yang bersepadu dan menyeluruh demi untuk menyelamatkan mereka dari kongkongan dunia materialism.

11. Memperlonggar (al-Taysir) dalam perkara fatwa dan memberikan khabar gembira (al-Tabshir) dalam urusan dakwah.

12. Menampilkan nilai-nilai murni Islam dalam bidang sosial dan politik, seperti: kebebasan ( al-Hurriyyah), kemuliaan (al-Karamah), musyuarat ( al-Shura), keadilan sosial (al-Adalah al-Ijtimaiyyah) dan pemeliharaan hak-hak asasi manusia (huquq al-Insan).

13. Membuka pintu untuk berdialog dengan pihak-pihak lain, iaitu dengan golongan bukan Islam, atau dengan kelompok Muslimin yang telah terjajah pemikiran dan mentalitinya disebabkan serangan dari budaya barat.

14. Menjadikan jihad sebagai cara untuk melindungi kemuliaan umat Islam dan negaranya.


Sumber: Prof Dr Yusuf al-Qardhawi ( Fiqh Awlawiyyat)