Saturday, March 31, 2012

RASULULLAH MENYEBUT TENTANG ISLAM, UMATNYA?..

~ Rasulullah saw sekadar menyebut Islam kembali dagang, tapi umatnya terlanjur sampai memperdagangkan Islam.

~ Rasulullah saw menyifatkan Islam Agama yang penuh tolak ansur, sedang umatNya pula beransur-ansur menolak Islam.

~ Rasulullah menyatakan Islam itu mudah, tetapi umatNya terdorong hingga meremeh dan bermudah2 dalam melaksanakan Islam.

~ Rasulullah mengangkat Islam itu tinggi tiada yg lebih tinggi darinya, tetapi kita berpuas hati mempelajari Agama Islam Tinggi, bukan mengangkatnya ke mertabat tertinggi!.

~ Rasulullah menyarankan keindahan Islam pada seseorang terletak pada meninggalkan perkara yang tidak kena mengena, umatnya pula merasa ada-ada saja yang tak kena dengan Islam.

Alahai umat Islam..

Wednesday, March 28, 2012

AQSA MISSION: WILAYAH YANG DIBERKATI








Pada tanggal 26/3/2012. Pihak Perkim UUM dan Badan Ahli Pertubuhan Bukan Kerajaan IKRAM menganjurkan satu program yang bertajuk Aqsa Mission: Wilayah Yang Diberkati di Pusat Kegiatan Pelajar Di Universiti Utara Malaysia. PIhak Menganjur menjemput beberapa Panelist untuk menerangkan sedikit sebanyak mengenai Penduduk Palestin mereka ialah Saudara Hafiz Syafiq iaitu YDP PERKIM UUM, Relawan AQSA Syarif Saudara Abdul Wahab Yahya dan Dr Hisyam Madi selaku wakil Rakyat Palestin yang menetap Di Gaza.










Al-Aqsa sebenarnya bukanlah hanya Dome of The Rock (bangunan berkubah emas). Al-Aqsa juga bukanlah hanya bangunan masjid yang berkubah hijau. Masjid yang berkubah hijau itu dipanggil al-Jami’ al-Aqsa (Masjid Jamek al-Aqsa).


Al-Jami’ (Masjid Jamek) membawa erti masjid itu digunakan untuk sembahyang jumaat. Orang Arab selalu menggunakan nama masjid untuk merujuk kepada rumah ibadat orang Islam walaupun ia merujuk kepada tempat kecil seperti surau, ia tetap dipanggil masjid. Ada juga istilah lain yang mereka guna seperti musalla dan sebagainya. Jadi, jangan keliru dengan perkataan masjid, yakni ada kalanya ia merujuk kepada surau, musalla atau tempat solat yang tidak dibuat solat jumaat.









Bangunan-bangunan ‘al-Jami’ ‘ dan ‘Dome’ itu, mengikut sejarah Islam, masih belum wujud ketika Nabi Muhammad s.a.w pergi ke situ dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Ketika Nabi s.a.w pergi pada waktu itu, tempatnya adalah lapang. Ia dikelilingi tembok sahaja. Kawasannya luas, lebih kurang 144 ekar.


Bangunan-bangunan berkubah emas dan berkubah hijau ini dibina selepas Rasulullah wafat. Bangunan tempat solah Berkubah Hijau telah dibina oleh khalifah Umar Ibn Al-Khattab RA. Bangunan Berkubah Emas pula telah dibina oleh khalifah Abdul-Malik Ibn Marwan. Mengikut turutan masa: Rasulullah – Umar – Abdul Malik.



Keduanya berada dlm kawasan Masjidj Al-Aqsa. Berbangunan atau tidak berbangunan, keseluruhan kawasan masjid berpagar yang dibina oleh Nabi Sulaiman ini (seperti ditandakan dengan garisan hijau dalam gambar di atas) adalah keseluruhan Masjid Al-Aqsa. Inilah maksud al-Masjid al-Aqsa yang disebut di dalam surah al-Isra ayat 1.


Jadi, di mana sahaja kita solat di dalam kawasan itu, samada dalam al-Jami’ atau dalam Bangunan Berkubah Emas (Dome of The Rock), pahalanya sama, iaitu pahala mereka yang solat di al-Masjid al-Aqsa. Itulah yang disepakati oleh ulama’ tafsir, ahli sejarah dan cendikiawan Islam. Maka mempertahankan Al-Aqsa mestilah bermakna mempertahankan keseluruhan kawasan berpagar itu.






Abdullah ibn umar bertanya pada Rasulullah SAW “Ya Rasulullah, terangkan kpd kami hukum menziarahi BaitulMaqdis. “Jawab Rasulullah SAW, Ziarah dan solatlah di sana. Sekiranya tidak mungkin (ziarah dan solat) maka kirimkanlah minyak untuk lampu-lampu (bagi menerangi masjid) – Sahih Bukhari


Jika membiayai pengurusan masjid manjadi tanggungjawab seluruh umat Islam apatah lagi tanggungjawab untuk membebaskannya dari penaklukan dan cengkaman musuh. Lantaran itu Sayidina Umar al Kahttab RA telah mengistiharkan Baitul Maqdis yang melengkari masjid al Aqsa sebagai tanah wakaf umat Islam yang wajib dipertahankan sepanjang zaman sebaik sahaja menerima kunci kota tersebut setalah ianya dibuka dan dibebaskan dari cengkaman kerajaan Rom timur (Byzantium).

AJK PROGRAM DAN EN. FAISOL PENSYARAH EKONOMI UUM











Tuesday, March 27, 2012

SAYANGNYA ALLAH KEPADA WANITA

Wanita

1- Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2- Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3- Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4- Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5- Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6- Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

7- Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

8- Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

- Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

- Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

- Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak.

- Wanita perlu bersusah-payah mengandung dan melahirkan anak tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

- Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita iaitu isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki iaitu suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

- Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat sahaja iaitu Sembahyang 5 waktu, Puasa di bulan Ramadhan, Taat suaminya dan Menjaga kehormatannya (betulkan jika saya tersilap).

- Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita ... .kan?


Sunday, March 25, 2012

HEBATNYA HUDUD 2.0

Perhatikan fakta2 ini;

Antara tahun 1918 - 1933 Amerika telah berusaha habis2an memerangi arak melalui kuatkuasa undang2 dan kempen yang berterusan. Dianggarkan perang melawan arak ini telah menghabiskan 

~ 60 juta dolar Amerika utk tujuan kempen dan propaganda menerangkan tentang bahaya arak.
~ 10 ribu juta helaian buku, poster dan risalah,
~ selama 14 tahun kempen dijalankan, penguatkuasaan undang2nya menelan belanja sebanyak 250 juta dolar Amerika
~ 300 orang pengedar arak dihukum mati,
~ 532,335 orang dipenjarakan,
~ 404 juta dolar Amerika - nilai harta yang disita..

Namun, akhirnya Amerika menyerah kalah kepada arak!, walaupun mereka akur akan bahayanya.

~~~~~~~
Dengan HUDUD..
Islam menyelesaikannya tanpa mengeluarkan se senpun!, cukup dengan tiga ayat!.. (al-baqarah: 219, kmdn An-Nisa': 43) dan akhirnya apabila turun ayat 90, surah al-Maidah [ إنما الخمر ... فهل أنتم منتهون ] para Sahabat berlari memberitahu rakan2 mrk ttg pengharamannya, lantas arak dituang dari gelas ketika itu juga dan tong2nya dipecahkan!,.. mereka menyahut seruan ayat tersebut dgn kata2: intahaina robbuna!, intahaina robbuna (kami berhenti wahai Tuhan kami 2x).

JANGAN SEKALIPUN LUPA MENULISLAH DI FACEBOOK INI KERANA ALLAH

Ikhlaskan diri kerana Allah
Wahai diri, alangkah indahnya hidup kerana mampu membaca, menulis, memikir dan menaksir dan segala kemahiran akal dapat dikuasai. Lalu dengan kemahiran yang dianugerah Allah itu, jangan sekalipun lupa menulislah di facebook ini kerana Allah.

Sebagai muslim, ambillah kesempatan ini untuk menulis hal-hal kebaikan. Itu anjuran agama Islam untuk yang berupaya. Demikian Nabi s.a.w. member galakan untuk menebarkan dakwah ini, “Bukhari meriwayatkan dari ‘Abdullah bin Amr RA, bahwa Nabi SAW bersabda: “Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat. Kalian boleh menyampaikan riwayat (yang benar) dari kalangan Bani Israil, namun juga tidak berdosa (jika kalian tidak menyampaikannya). Barang siapa sengaja berdusta dengan mengatasnamakan aku, maka bersiap-siaplah masuk neraka.”

Tulislah yang terbaik apa yang pernah kau amalkan dalam kehidupan. Itu adalah lebih utama supaya contoh itu menjadi ikutan. Kelak ikutan itu akan membahagiakan kehidupanmu di alam akhirat. Daripada Abu Hurairah RA, bahwa Rasullah SAW bersabda : “Barangsiapa yang mengajak orang lain untuk mengikuti petunjuk, niscaya akan mendapatkan pahala yang sama dengan orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun.” (HR Muslim)

Jadilah penulis yang sangat teliti dalam penggunaan bahasamu. Di FB ini, rakan-rakan FBmu cuma menemuimu dalam hasil seni tulismu. Jadikanlah hasil seni tulismu itu sesuatu yang mampu merubah diri rakan-rakanmu ke arah kebaikan. Demikian Rasulullah s.a.w. memberi jaminan akan kelebihanmu sebagai perubah itu dalam sabdanya, “ Daripada Sahl bin Sa’d RA, bahawa Nabi SAW pernah bersabda kepada Ali : “Demi Allah, jika Allah memberi petunjuk kepada satu orang melalui perantaraan dirimu, hal itu jauh lebih baik bagimu daripada kekayaan yang sangat berharga.” (HR Bukhari dan Muslim)

Jika kau ahli bahasa dan kesusastraan yang mahir, nukilkan tulisanmu dengan bahasa yang indah dan mesej nukilanmu itu dapat sampai ke dasar hati pembacamu. Bawalah pembacamu menghayati alam kebaikan itu sehingga jelas nampak perbedaan kebaikan dengan kemungkaran. Bawalah pembacamu menghayati keindahan Syurga Allah sehingga mampu pembacamu menginsafi diri daripada menghampiri unusr-unsur kejahatan yang boleh mencampakkan ke Neraka Allah.

Imam Hasan al-Banna menggalakkan ahli bahasa yang mahir menulis karyanya sehingga menyentuh pintu hati pembaca. Kata beliau, " Setiap kita yakin bahawa semua kita akan mati tetapi manusia yang berjiwa besar akan mengolah 'seni kematiannya' ".

Berdirilah di sisi jendela FBmu untuk menulis dan menyebarkan isi-isi kebaikan. Ingatlah penghargaan Allah kepada orang-orang yang berbuat baik. sebagaimana firman Allah dalam surah Al – Fussilat: 3

” Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan amal soleh dan berkata aku adalah daripada orang-orang yang menyerah

Saturday, March 24, 2012

RAHSIA LELAKI MENURUT PANDANGAN SAYA

Terpulang kepada anda utk membuat penilaian sendiri, betul atau salah masih sesuatu yang sangat subjektif..

1- Lelaki muak dgn wanita yang berkeletah manja dan gedik yang keterlaluan malah dianggap keanak-anakan dan merimaskan.

2- Lelaki tidak menyenangi wanita yang menghias diri berlebihan, tetapi ramai wanita tidak mengetahui dan menyangkakan dgn berpenampilan demikian, lelaki akan terpikat kepadanya.

3- Lelaki mudah tertawan dengan wanita yang berpenampilan sederhana dalam segala hal.

4- Lelaki mudah curiga dengan wanita yang begitu mudah dimenangi hatinya. Oleh itu jika hendak menawan lelaki yang dicintainya, berpura2lah jual mahal sedikit, nescaya mereka akan terkejar-kejar berusaha memenangi hatinya.

5- Setiap lelaki mempunyai ego, malah sesetengahnya terlalu tinggi dan sukar ditundukkan. Bagaimanapun mereka mudah ditundukkan jika wanita yang dicintainya bijak menanganinya.

6- Semua lelaki sukakan sifat keibuan pada seseorang wanita. Kerana itu mereka mudah tertawan dengan wanita yang bersikap matang , bukan dengan wanita yang terlalu bergantung dan banyak meminta dan mendesak-desak mereka.

7- Lelaki sangat benci jika kekurangan diri mereka dibanding-bandingkan dengan lelaki-lelaki lain. Oleh itu jika hendak memperbaikinya tegurlah secara jujur – jangan suka membanding-banding, kerana itu akan lebih memburukkan keadaan.

8- Lelaki sukar menangis, bukan kerana mereka tidak berperasaan… tetapi kerana ego atau kerana sifat keketuaan yang menunjukkan sifat ketegasan diri, hakikatnya hati mereka memendam kesedihan tersebut dalam jangka waktu yang lama.

9- Lelaki sukar meluahkan rasa cinta, mereka lebih banyak menunjukkannya melalui perbuatan atau tindak tanduk yang membayangkan perasaannya terhadap wanita yang dicintai dengan harapan akan difahami, sehingga ada yang lebih rela kecewa dari meluahkannya. Oleh itu awasilah lelaki yang begitu mudah meluahkan cinta dalam waktu yg sangat singkat.

10- Lelaki yang sentiasa bercakap soal poligami dalam perbualannya tidak perlu dirisaukan kerana soal poligami kepada mereka hanya gurauan berbanding lelaki yang tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadapnya.

11- Lelaki sangat sukakan wanita yang menjaga penampilan di khalayak ramai, bersih dan kemas serta sopan santun yang bukan dibuat-buat, tetapi lahir dari sifat semulajadinya.

12- Lelaki tidak gemar pergi membeli belah, bukan kerana mereka sayangkan duit tetapi tidak tahan dengan cerewet wanita memilih barangan. Oleh itu kalau nak membeli belah bersama mereka, sediakan plan B untuknya supaya mereka tidak kejemuan menunggu di kereta.

13- Lelaki mudah cair dengan pujukan dan rayuan. Wanita yang pandai menggunakan kemahiran tersebut akan mudah mendapat apa yang dihajati walau untuk tujuan apa pun juga.

14- Kebanyakan lelaki mempunyai hobi menyertai aktiviti lasak atau bersukan. Mereka sangat teruja dengan wanita yang turut menggemarinya, tetapi memadai jika pasangannya memahami minat dan kegemarannya itu dan tidak berusaha menghentikannya secara langsung, walaupun ianya tidak begitu berfaedah.

15- Lelaki pantang dilawan cakapnya secara berdepan. Wanita yang bijak tidak akan melawan arus, tetapi memberi mereka masa bertenang dan waktu itu mereka akan lebih mudah ditangani.

16- Lelaki juga sangat bencikan sindiran wanita atau pasangannya walaupun jelas mereka melakukan kesalahan atau kesilapan. Mereka lebih rela ditegur dengan kata-kata kesat atau disebut secara langsung kesalahannya dari disindir-sindir dengan kata-kata yang menyakitkan.

17- Lelaki yang terkena penyakit angau mudah bertindak di luar jangka bahkan melampaui kewarasan. Oleh itu jika tidak sukakannya berterus teranglah... jangan membuat permintaan yang tidak masuk di akal kerana mereka akan sangat bertekad melakukannya.

18- Lelaki seperti kanak-kanak, tidak kiralah setua mana usia mereka… sangat suka dimanjakan seperti ibu-ibu memanjakan mereka. Manjakan mereka, nescaya anda akan dimanjakan.

19- Lelaki pantang dicabar atau dituduh yang bukan-bukan, bila demikian ia bertekad akan benar-benar melakukannya. Kerana itu suami yang tidak berniat poligami pada awalnya, tetapi disyakki dan dituduh isterinya, akhirnya akan benar-benar terdorong utk melakukannya.

20- Lelaki yang suka minum dan makan di kedai dan di warung-warung tidak bermakna mereka bencikan masakan isterinya, tetapi mereka gemar bersama rakan-rakan bertukar2 fikiran dan berbincang mengenai pelbagai soal kehidupan secara lebih bebas dan terbuka berbanding di rumah.

21- Kebanyakan lelaki mudah menyangka wanita yang cantik dan lincah sudah berpunya, kerana itu mereka tidak berani mendekatinya. Oleh itu jangan hairan kalau wanita cantik juga sukar mencari jodoh atau mendapat pasangan yang tidaklah begitu tampan penampilannya.

22- Lelaki, rata-ratanya tidak begitu gemarkan wanita yang suka merajuk kerana mereka tidak begitu pandai memujuk. Oleh itu kalau mereka memujuk, jangan panjangkan rajuk anda wahai wanita kerana mereka akan mudah kebosanan.

23- Lelaki sangat kecewa dan sukar sekali pulih jika dikhianati atau hilang kepercayaannya kepada pasangan yang dicintai.

24- Lelaki sangat jengkel dengan wanita yang suka membebel dan mengomel atau menyampuk apa yang sedang mereka perkatakan. Mereka perlukan pasangan yang mendengar dan bersimpati, itu sudah cukup… tidak perlu tokok tambah atau ulasan yg panjang lebar.

25- Lelaki rimas jika setiap pergerakan mereka diintip dan dipersoal satu persatu oleh pasangannya. Mereka boleh bertolak ansur dengan pertanyaan yang minima seperti ke mana, apa tujuan dan sebagainya, tetapi tidak jika berada di lokasi berkenaan mereka masih di hubungi atau dimintakan kepastian.

26- Kebanyakan lelaki tidak gemar atau tidak pandai mengurus rumah tangga dan sangat kekok bila ditinggalkan bersama anak-anak walaupun sehari. Oleh itu bimbinglah mereka berdikit-dikit mengenali tanggungjawab isteri supaya mereka lebih menghargai.

27- Lelaki sangat cemburu terhadap pasangannya, tetapi kebanyakannya tidak mereka tunjukkan, oleh itu berhati-hatilah bila bergaul dengan sesiapa pun sama ada sesama jantina, apatah lagi dengan berlainan gender, walaupun atas urusan pekerjaan dan sebagainya.

28- Lelaki kebanyakannya tidak meminati drama, cerita cintan cintun, seram atau telenovela yang berjela-jela di TV. Jika ingin memenangi hatinya, semasa menonton bersama biarkan mereka menukar saluran mengikut seleranya. Jika isterinya turut menonton bersama sebentar saja mereka akan menyerahkan kembali remote kpd isterinya jika rancangan yang diminati tiada siarannya.

29- Lelaki suka berjenaka dan berseloroh, malah kadang bersikap tidak acuh atau kurang serius. Pasangan yang tidak pandai bergurau atau menerima gurauannya akan cepat membosankannya.

30- Semua lelaki mempunyai ciri-ciri yang membosankan seseorang wanita atau pasangannya. Pasangannyalah yang akan menjadikan sama ada mereka lelaki yang membosankan atau lebih bahaya mereka bosan menjadi lelaki...ha ha ha.. 

Thursday, March 22, 2012

Rahsia Perempuan

30 RAHSIA perempuan yang LELAKI PERLU tahu.. 

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. 

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. 

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). 

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. 

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!! 

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian. 

7. Ji! ka kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja. 

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan. 

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. 

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna. 

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. 

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. 

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan. 

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. 

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. 

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya. 

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!! 

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal. 

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. 

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pe! rtama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri. 

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! 

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya. 

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. 

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik. 

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. 

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.. 

27. Senjata wanita adalah airmata!! 

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. 

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah... 

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Tuesday, March 20, 2012

HEBATNYA HUDUD

Dahan2 pokok atau buah2 yang tidak elok biasanya dicantas petani kerana jika dibiarkan, dibimbangi akan memakan baja dan zat yang sepatutnya dinikmati oleh dahan, cabang, daun dan buah2 yang segar..lantas merosakkan keseluruhan kualiti buah yang dihasilkan.

Tiada siapa yang akan mengatakan 'kejam' kepada petani yang berbuat demikian, kecualilah petani yang telah rosak akal sihatny...a...

Demikian pula Doktor yang memotong kaki pesakit kencing manis akan diberi ucapan "terima kasih" oleh pesakit kerana memahami tindakannya itu demi menyelamatkan nyawa pesakit. Hanya pesakit yang gila saja akan mengatakan 'kejam' terhadap perbuatan Doktor tersebut!..

Begitulah konsep HUDUD..
yang bermasalah mesti dipotong, kerana kalau tidak.... akan membahayakan masyarakat dan merosakkan negara seluruhnya!. Tanyalah mana2 manusia yang waras akalnya adakah menasabah not 50 ringgit dibakar semata-mata utk menerangi kegelapan malam kerana mencari wang seringgit yang hilang?!..menasabahkah kerana mempertahankan beberapa kerat individu yang bermasalah, lalu keamanan dan ketenteraman masyarakat seluruhnya dikorbankan?!..

bersambung

KESILAPAN KERAP YANG DIREMEHKAN 3.0

Kita sering mendengar sesetengah Guru @ Pendakwah mengungkap hikmah pengharaman RIBA'... "Kerana penindasan oleh golongan kaya ke atas orang2 miskin".

Tidak dinafikan kebenarannya, namun bagaimana pula kalau orang2 miskin yang mengambil riba' dari golongan kaya?. Adakah kemungkinan itu?... 

Mengapa tidak!.. perhatikan Bank2 Ribawi yg penyimpannya terdiri dari orang2 miskin. Wang mereka dihimpun lalu dipinjamkan kepada firma2, kilang2, gedung2 perniagaan yg besar. Riba' [faedah] diambil dari mereka, lalu keuntungannya diagih2kan kepada penyimpan kecil2an. Sekarang... si miskin pula yg menindas si kaya, lalu bagaimana?..

Berhati-hati...

KESILAPAN KERAP YANG DIREMEHKAN 2.0

Kerana Terlalu Mencari 'Hikmah' di sebalik pensyariatan hukum, selalu saja terjadi kepada Pendakwah yang menuturkan: "BABI diharamkan kerana di dalam dagingnya terdapat sejenis cacing pita yg berbahaya, tidak mati walau dimasak dengan api yang panas". 

Apa implikasinya kepada hukum kalau 'illah ini berakhir dengan penemuan sains berjay menghasilkan api yg sangat tinggi suhunya sehingga membunuh cacing dan kuman di dalam daging babi. Apakah ketika itu BABI halal dimakan?

Berhati-hati...

KESILAPAN KERAP YANG DIREMEHKAN

Kerana Terlalu Mencari 'Hikmah' di sebalik pensyariatan hukum, selalu saja terjadi kepada Pendakwah yang menuturkan: "Perzinaan diharamkan kerana menyebabkan percampuran keturunan". Ada betulnya, ...tetapi jangan berhenti sebatas itu. Bagaimana dengan yang ini:

~ zina dengan perempuan hamil?
~ zina dengan perempuan yang telah putus haidh?
~ zina dengan perempuan mandul?
~ zina dengan mengamalkan inzal?

Berhati-hati...


Sunday, March 18, 2012

HEBAT SANGATKAH MANUSIA NI? 2.0

sambungan...

Kedua: Apa yang keluar daripada badan manusia, semuanya kotor dan menjijikkan.

i. Air yang keluar daripada badan, peluh namanya, baunya masam, menjijikkan orang.

ii. Yang keluar daripada telinga, tahi telinga atau nanah busuk yang meloyakan.

iii. Yang keluar daripada hidung, hingus namanya atau tahi hidung, menjijikkan dan meloyakan, tiada siapa yang suka sekalipun yang empunya diri.

iv. Yang keluar daripada mulut iaitu air liur, berbau busuk terutamanya air liur di waktu tidur, sangat busuk baunya lagi kotor. Adakalanya air liur itu najis (air liur basi).

v. Air mata walaupun tidak busuk, tetap dipandang jijik dan tidak digemari.

vi. Apatah lagi yang keluar daripada dua jalan, pintu depan dan pintu belakang, qubul dan dubur. Bukan saja terlalu busuk, jijik, bahkan najis. Lagi kotor. Benda yang keluar daripada manusia yang paling dibenci.

Ia wajib dibasuh. Kalau tidak ia akan merosakkan ibadah kita, mengotorkan dan mencemarkan udara dan boleh menjejaskan kesihatan manusia serta boleh mengganggu ketenteraman.

~~~~~~~~~
Menghairankan sekali... dgn semua kelemahan itu, manusia masih menyombong diri kepada Allah!..


HEBAT SANGATKAH MANUSIA NI?

Manusia itu kalau kita kaji, nilai, analisa, di segi fiziknya tidak ada apa-apa keistimewaannya. Kerana pada fizikal manusia itu, ada dua perkara yang negatif:

Pertama: Kelemahan
Kelemahan yang kita maksudkan di sini ialah tubuh atau badan kasarnya tidak ada ketahanan. Ia mudah terdedah kepada bermacam-macam penyakit: demam, sakit kepala, sakit mata, sakit gigi dll.

Ada penyakit yang lebih berat lagi seperti: sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, barah, strok atau angin ahmar dan lain-lain.

Selain itu ketahanan badannya sangat lemah dibandingkan jiwanya.
Kalau terantuk, mudah saja luka atau bengkak dan sakit.

Kalau jatuh atau terlanggar benda yang kuat atau kena langgar benda yang keras, mudah saja tergeliat, luka, patah, remuk dan hancur.

Jika digunakan tenaga, mudah saja letih, lesu.Kalau tidak berhati-hati, ia membawa kepada sakit juga. Bahkan selepas menerima nikmat pun memberi kesan kepada badan atau ada kesan sampingan.

Contohnya, selepas makan lebih-lebih lagi kalau makan terlalu banyak, badan menjadi berat dan juga boleh membawa kepada berbagai-bagai penyakit.

Kalau lambat tidur di waktu malam, mata jadi mengantuk di waktu siangnya. Bukan setakat itu, badan pun menjadi lesu.

Begitulah lemahnya manusia itu. Ketahanan fizikalnya sangat tercabar dan selalu tercabar. Ketahanan fizikalnya sangat teruji.

Dari cabaran luaran ini memberi side effect pula kepada manusia iaitu rohaninya pula tercabar, menjadikan emosinya tinggi, dia akan jadi pemarah, mudah tersinggung, benci, jemu dan lain-lain.

Kalau tidak dibendung dengan didikan Islam serta lemah pula bermujahadah, sifat batin yang negatif itu akan merosakkan orang lain. Ia boleh menimbulkan pula krisis dan perbalahan di dalam masyarakat manusia. Terjejas pula perpaduan, kasih sayang dan keharmonian hidup.

bersambung...

KESEDERHANAAN ISLAM atau MENYEDERHANAKAN ISLAM?

Bagi Saya Kesederhanaan Islam itu adalah terletak pada melaksanakan dengan tuntas setiap tuntutannya.. dengan itu barulah tercapai maksud kesederhanaan sebagaimana yg ditunjukkan oleh Rasulullah saw dan para Sahabat.

Malangnya, umat Islam... khususnya orang Melayu hari ini tidak berminat hendak mencapai kesederhanaan itu melalui pelaksanaan Islam sepenuhnya, tetapi ingin melaksanakan hanya separuh dari tuntutannya!.. lantas merekapun menjulang konsep yang dinamakan 'Wasithiyyah' yang menurut fahaman mereka tidak terlalu Islam dan tidak pula terlalu liberal!..walhal itu bukan ciri KESEDERHANAAN yang menjadikan ISLAM itu terlihat indah,... tetapi lebih kepada MENYEDERHANAKAN ISLAM dengan maksud melenturkan Islam menurut persekitaran agar tidak dituduh ekstreme oleh masyarakat bukan Islam!..

Kalau demikian... konsep 'Wasithiyyah' (yg sebenarnya indah) itu sudah menjadi alat senjata untuk memotong Islam, bukan pedang yang memotong hujah ke atas seluruh agama dan ideologi bikinan manusia!..

Saturday, March 17, 2012

TAWAR MENAWAR ISLAM DGN ALLAH?

Orang yg nak melaksanakan Islam separuh-separuh memang biadap dengan ALLAH. Kuasa apa yg mereka ada hingga boleh tawar menawar dengan ALLAH,.. minta kurangkan ISLAM sampai dipotong separuh atau sesuku dari ajarannya yang asal?...nak laksanakan apa yang mereka suka dan nak buang apa-apa yang mereka benci!..

ISLAM ini umpama barang mahal, sbb itu tak boleh tawar menawar.. sama ada nak beli atau tidak!,... Islam sepenuhnya atau kufur sepenuhnya!.. [Imma syakiran wa imma kafuran]... tiada kompromi!.Kalau menawar harga barang di Pasar Raya pun tidak boleh, ...masakan dengan ALLAH, boleh!..[bacalah An-Nisa'a: 150 - 152]

WANITA MEMANG PANDAI MENYUSAHKAN DIRI 2.0

Kerana nak cantik, jumpa bomoh.. kena mandi bunga, akhirnya dgn bunga2 hilang... kena peras ugut,.. jodoh tak dapat, syirik dan sengsara yang tiba.

Kerana nak cantik, jumpa doktor.. buat pembedahan plastik, akhirnya silikon pecah.. muka tak cantik.. dtg penyakit, duit terbang puluhan ribu ringgit, puluhan tahun naik turun mahkamah kes tak selesai.. hutang sana sini, habis harta tergadai..

Kerana nak cantik, amalkan senaman dan diet yg ketat,.. terus hilang selera makan, akhirnya badan tinggal kulit dan tulang.. disangkakan kena buatan orang, rupanya mayat berjalan..

Adoyai, wanita2 yg lari dari FITRAH, anda mengundang FITNAH..tok sah nak mengharapkan Jannah, hidup dunia pun punah ranah!..

WANITA MEMANG PANDAI MENYUSAHKAN DIRI SENDIRI..

Tentulah yg dimaksudkan di sini wanita2 yg lari dari fitrah menuju fitnah. Mereka mencantik dan memperaga diri dengan membelanjakan begitu banyak wang untuk alat solek serta mengenakan pakaian dan eksesori yang eksotik. 

Kemudian sanggup pula berdiet, menahan nafsu dari menjamah berbagai jenis makanan, diikuti dengan jadual senaman yang ketat... tetapi apa yang mereka dapat?... kecantikan itu akhirnya menyusahkan hidup mereka..mereka dikejar dan direbut2 oleh lelaki hidung belang hingga hilang privasi diri, pergerakannya diintip, pergaulan kembali terbatas, terperangkap dalam hidup yg dikelilingi ketakutan..!

Untk mrk ini hanya satu perkataan yang sesuai.. 'BxxxH'..