Sunday, March 18, 2012

HEBAT SANGATKAH MANUSIA NI?

Manusia itu kalau kita kaji, nilai, analisa, di segi fiziknya tidak ada apa-apa keistimewaannya. Kerana pada fizikal manusia itu, ada dua perkara yang negatif:

Pertama: Kelemahan
Kelemahan yang kita maksudkan di sini ialah tubuh atau badan kasarnya tidak ada ketahanan. Ia mudah terdedah kepada bermacam-macam penyakit: demam, sakit kepala, sakit mata, sakit gigi dll.

Ada penyakit yang lebih berat lagi seperti: sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, barah, strok atau angin ahmar dan lain-lain.

Selain itu ketahanan badannya sangat lemah dibandingkan jiwanya.
Kalau terantuk, mudah saja luka atau bengkak dan sakit.

Kalau jatuh atau terlanggar benda yang kuat atau kena langgar benda yang keras, mudah saja tergeliat, luka, patah, remuk dan hancur.

Jika digunakan tenaga, mudah saja letih, lesu.Kalau tidak berhati-hati, ia membawa kepada sakit juga. Bahkan selepas menerima nikmat pun memberi kesan kepada badan atau ada kesan sampingan.

Contohnya, selepas makan lebih-lebih lagi kalau makan terlalu banyak, badan menjadi berat dan juga boleh membawa kepada berbagai-bagai penyakit.

Kalau lambat tidur di waktu malam, mata jadi mengantuk di waktu siangnya. Bukan setakat itu, badan pun menjadi lesu.

Begitulah lemahnya manusia itu. Ketahanan fizikalnya sangat tercabar dan selalu tercabar. Ketahanan fizikalnya sangat teruji.

Dari cabaran luaran ini memberi side effect pula kepada manusia iaitu rohaninya pula tercabar, menjadikan emosinya tinggi, dia akan jadi pemarah, mudah tersinggung, benci, jemu dan lain-lain.

Kalau tidak dibendung dengan didikan Islam serta lemah pula bermujahadah, sifat batin yang negatif itu akan merosakkan orang lain. Ia boleh menimbulkan pula krisis dan perbalahan di dalam masyarakat manusia. Terjejas pula perpaduan, kasih sayang dan keharmonian hidup.

bersambung...

No comments:

Post a Comment