Wednesday, November 4, 2015

Salah Faham dalam Perbankan Islam


Umat Islam tidak akan maju jika tidak dapat membezakan antara entiti bisnes dan entiti kebajikan.


Dalam kartun ini terdapat banyak kesalahan.

Kartun ini cuba kononnya menjelaskan hakikat perbankan Islam.

1) Perbankan Islam adalah bisnes berteraskan kewangan. Bila bisnes, mesti buat untung.

2) Bank bukan badan kebajikan.

3) Jika susah nak makan, pergi minta badan kebajikan dan zakat, bukan bank.

4) Bisnes mengikut acuan Islam adalah jihad kerana amat susah untuk bersaing di kala bisnes lain seolah tiada batasan, boleh langgar.

5) Sekalipun sering dituduh kejam, tapi ramai yang tidak mengetahui ihsan dan adil dalam sistem kewangan Islam. Sebagai contoh takaful atas dasar saling tolong menolong, ibra adalah rebate, capping dalam maksimum profit rate dan sebagainya.

6) Bank Islam tidak jual kembali 10 kali ganda. Itu exaggerated.

7) Bantuan kebajikan kepada orang miskin melalui Baitulmal, Lembaga Zakat, pinjaman microfinance secara Qardhul Hasan. Bukan buat pembiayaan.





Credit to my Mentor Alwi Adam