Saturday, March 24, 2012

RAHSIA LELAKI MENURUT PANDANGAN SAYA

Terpulang kepada anda utk membuat penilaian sendiri, betul atau salah masih sesuatu yang sangat subjektif..

1- Lelaki muak dgn wanita yang berkeletah manja dan gedik yang keterlaluan malah dianggap keanak-anakan dan merimaskan.

2- Lelaki tidak menyenangi wanita yang menghias diri berlebihan, tetapi ramai wanita tidak mengetahui dan menyangkakan dgn berpenampilan demikian, lelaki akan terpikat kepadanya.

3- Lelaki mudah tertawan dengan wanita yang berpenampilan sederhana dalam segala hal.

4- Lelaki mudah curiga dengan wanita yang begitu mudah dimenangi hatinya. Oleh itu jika hendak menawan lelaki yang dicintainya, berpura2lah jual mahal sedikit, nescaya mereka akan terkejar-kejar berusaha memenangi hatinya.

5- Setiap lelaki mempunyai ego, malah sesetengahnya terlalu tinggi dan sukar ditundukkan. Bagaimanapun mereka mudah ditundukkan jika wanita yang dicintainya bijak menanganinya.

6- Semua lelaki sukakan sifat keibuan pada seseorang wanita. Kerana itu mereka mudah tertawan dengan wanita yang bersikap matang , bukan dengan wanita yang terlalu bergantung dan banyak meminta dan mendesak-desak mereka.

7- Lelaki sangat benci jika kekurangan diri mereka dibanding-bandingkan dengan lelaki-lelaki lain. Oleh itu jika hendak memperbaikinya tegurlah secara jujur – jangan suka membanding-banding, kerana itu akan lebih memburukkan keadaan.

8- Lelaki sukar menangis, bukan kerana mereka tidak berperasaan… tetapi kerana ego atau kerana sifat keketuaan yang menunjukkan sifat ketegasan diri, hakikatnya hati mereka memendam kesedihan tersebut dalam jangka waktu yang lama.

9- Lelaki sukar meluahkan rasa cinta, mereka lebih banyak menunjukkannya melalui perbuatan atau tindak tanduk yang membayangkan perasaannya terhadap wanita yang dicintai dengan harapan akan difahami, sehingga ada yang lebih rela kecewa dari meluahkannya. Oleh itu awasilah lelaki yang begitu mudah meluahkan cinta dalam waktu yg sangat singkat.

10- Lelaki yang sentiasa bercakap soal poligami dalam perbualannya tidak perlu dirisaukan kerana soal poligami kepada mereka hanya gurauan berbanding lelaki yang tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadapnya.

11- Lelaki sangat sukakan wanita yang menjaga penampilan di khalayak ramai, bersih dan kemas serta sopan santun yang bukan dibuat-buat, tetapi lahir dari sifat semulajadinya.

12- Lelaki tidak gemar pergi membeli belah, bukan kerana mereka sayangkan duit tetapi tidak tahan dengan cerewet wanita memilih barangan. Oleh itu kalau nak membeli belah bersama mereka, sediakan plan B untuknya supaya mereka tidak kejemuan menunggu di kereta.

13- Lelaki mudah cair dengan pujukan dan rayuan. Wanita yang pandai menggunakan kemahiran tersebut akan mudah mendapat apa yang dihajati walau untuk tujuan apa pun juga.

14- Kebanyakan lelaki mempunyai hobi menyertai aktiviti lasak atau bersukan. Mereka sangat teruja dengan wanita yang turut menggemarinya, tetapi memadai jika pasangannya memahami minat dan kegemarannya itu dan tidak berusaha menghentikannya secara langsung, walaupun ianya tidak begitu berfaedah.

15- Lelaki pantang dilawan cakapnya secara berdepan. Wanita yang bijak tidak akan melawan arus, tetapi memberi mereka masa bertenang dan waktu itu mereka akan lebih mudah ditangani.

16- Lelaki juga sangat bencikan sindiran wanita atau pasangannya walaupun jelas mereka melakukan kesalahan atau kesilapan. Mereka lebih rela ditegur dengan kata-kata kesat atau disebut secara langsung kesalahannya dari disindir-sindir dengan kata-kata yang menyakitkan.

17- Lelaki yang terkena penyakit angau mudah bertindak di luar jangka bahkan melampaui kewarasan. Oleh itu jika tidak sukakannya berterus teranglah... jangan membuat permintaan yang tidak masuk di akal kerana mereka akan sangat bertekad melakukannya.

18- Lelaki seperti kanak-kanak, tidak kiralah setua mana usia mereka… sangat suka dimanjakan seperti ibu-ibu memanjakan mereka. Manjakan mereka, nescaya anda akan dimanjakan.

19- Lelaki pantang dicabar atau dituduh yang bukan-bukan, bila demikian ia bertekad akan benar-benar melakukannya. Kerana itu suami yang tidak berniat poligami pada awalnya, tetapi disyakki dan dituduh isterinya, akhirnya akan benar-benar terdorong utk melakukannya.

20- Lelaki yang suka minum dan makan di kedai dan di warung-warung tidak bermakna mereka bencikan masakan isterinya, tetapi mereka gemar bersama rakan-rakan bertukar2 fikiran dan berbincang mengenai pelbagai soal kehidupan secara lebih bebas dan terbuka berbanding di rumah.

21- Kebanyakan lelaki mudah menyangka wanita yang cantik dan lincah sudah berpunya, kerana itu mereka tidak berani mendekatinya. Oleh itu jangan hairan kalau wanita cantik juga sukar mencari jodoh atau mendapat pasangan yang tidaklah begitu tampan penampilannya.

22- Lelaki, rata-ratanya tidak begitu gemarkan wanita yang suka merajuk kerana mereka tidak begitu pandai memujuk. Oleh itu kalau mereka memujuk, jangan panjangkan rajuk anda wahai wanita kerana mereka akan mudah kebosanan.

23- Lelaki sangat kecewa dan sukar sekali pulih jika dikhianati atau hilang kepercayaannya kepada pasangan yang dicintai.

24- Lelaki sangat jengkel dengan wanita yang suka membebel dan mengomel atau menyampuk apa yang sedang mereka perkatakan. Mereka perlukan pasangan yang mendengar dan bersimpati, itu sudah cukup… tidak perlu tokok tambah atau ulasan yg panjang lebar.

25- Lelaki rimas jika setiap pergerakan mereka diintip dan dipersoal satu persatu oleh pasangannya. Mereka boleh bertolak ansur dengan pertanyaan yang minima seperti ke mana, apa tujuan dan sebagainya, tetapi tidak jika berada di lokasi berkenaan mereka masih di hubungi atau dimintakan kepastian.

26- Kebanyakan lelaki tidak gemar atau tidak pandai mengurus rumah tangga dan sangat kekok bila ditinggalkan bersama anak-anak walaupun sehari. Oleh itu bimbinglah mereka berdikit-dikit mengenali tanggungjawab isteri supaya mereka lebih menghargai.

27- Lelaki sangat cemburu terhadap pasangannya, tetapi kebanyakannya tidak mereka tunjukkan, oleh itu berhati-hatilah bila bergaul dengan sesiapa pun sama ada sesama jantina, apatah lagi dengan berlainan gender, walaupun atas urusan pekerjaan dan sebagainya.

28- Lelaki kebanyakannya tidak meminati drama, cerita cintan cintun, seram atau telenovela yang berjela-jela di TV. Jika ingin memenangi hatinya, semasa menonton bersama biarkan mereka menukar saluran mengikut seleranya. Jika isterinya turut menonton bersama sebentar saja mereka akan menyerahkan kembali remote kpd isterinya jika rancangan yang diminati tiada siarannya.

29- Lelaki suka berjenaka dan berseloroh, malah kadang bersikap tidak acuh atau kurang serius. Pasangan yang tidak pandai bergurau atau menerima gurauannya akan cepat membosankannya.

30- Semua lelaki mempunyai ciri-ciri yang membosankan seseorang wanita atau pasangannya. Pasangannyalah yang akan menjadikan sama ada mereka lelaki yang membosankan atau lebih bahaya mereka bosan menjadi lelaki...ha ha ha.. 

No comments:

Post a Comment